Friday, January 29, 2010

Aku bukan sempurna..

Kelmarin dengan semalam aku mengharap bahawa diri aku ni sempurna. Ada orang mengatakan kesempurnaan seseorang lelaki itu menjadi pilihan wanita mahu dari segi rupa paras mahupun dari segi harta lelaki itu...sungguhpun aku banyak berdosa dan bersalah namun aku tak pernah kejam dalam setiap perbuatan serta tutur kata disetiap insan yg aku sayangi.

Aku tak pernah bermaksud untuk membuat sesiapa pun terluka dan sedih,aku tak ada niat untuk melukakan sesiapa pun. Apabila aku percayakan seseorang itu bermaksud aku takkan pernah tikam dari belakang atau belot pada orang itu,aku akan sentiasa percaye padanya dan tak mungkin berpaling pada yg lain.

Keikhlasan dan kejujuran aku padanya memang tak pernah disangkal langsung oleh Nor,aku bersabar,aku berdoa,aku memohon, semuanya aku lakukan adalah demi kebaikan...mustahil manusia berdoa memohon kejahatan dariNya?Aku taktau siapa yang baca blog aku ini tapi....kepercayaan dan kesetiaan 100% aku serahkan pada orang yang aku sayangi dalam hidup aku seperti mana aku percayakan family aku dan seperti itu jugak aku taruhkan kepercayaan aku padanya....

Hipokrit sememangnya bukan diriku,jikalau rakan taulanku berkata "Iskandar jahat dan hipokrit serta palsu"...atau adikku berkata "Abg mmg seorang yg useless dan takgune"...ini baru boleh dititikkan sebagai benar...tapi aku betul2 sangkal statement "aku hipokrit"..kerana aku bukan hipokrit namun aku juga bukan sempurna...

With love I give sayang, with heart I give my love,
tDs-IS

No comments:

Post a Comment