Monday, October 26, 2009

Setem!

Disebuah negeri terdapat beberapa orang Raja yang memerintah. Raja-raja di
negeri itu pulak ditadbir oleh seorang Perdana Menteri yang terkenal dengan
kediktatorannya. Pada satu hari Perdana Menteri tersebut telah merasmikan
pembukaan pejabat pos. Apabila beliau melawat pameran sempena perasmian
pejabat pos berkenaan beliau terkejut kerana hampir kesemua setem-setem
yang dipamerkan mempunyai gambar-gambar Raja.

Beliau dengan angkuhnya memanggil pengarah jabatan pos dan menyuruhnya
menggantikan muka-muka Raja tersebut dengan wajahnya.
Selang beberapa hari beliau berbangga kerana muka-muka Raja tersebut telah
tiada dan wajahnya yang tertera di situ. Selepas seminggu berlalu, beliau
mendapat berita yang mengatakan surat-surat yang dipos tidak ditampal
dengan setem wajahnya.


Dengan marahnya beliau telah memanggil pengarah jabatan pos dan bertanya
mengapa kesemua surat-surat tidak ditampal dengan setem wajahnya.Pengarah
mengatakan bahawa setem-setem tersebut tidak lekat apabila ditampal kerana
semua pengguna tidak meludah setem itu di belakang setem sebaliknya
meludah
di bahagian hadapan setem.


Post letter to me, Send me a letter,
tDs-IS

No comments:

Post a Comment