Monday, November 30, 2009

Orang Gila Juga Yg Boleh Menasihati Orang Gila

Mat, lelaki gila berumur 35
tahun baru saja terlepas dari
wadnya.
Beliau lari sekuat hati kerana
dikepung oleh sepasukan
petugas
hospital. Tiba di tepi pagar
Mat lantas memanjang satu
tiang lampu
yang tinggi. Ketua unit jaga
yang mengawal hospital datang
dan
mengarahkan Mat turun, Mat
tidak mahu turun. Datang pula
pengarah
hospital, "Mat!!Turun Mat
nanti jatuh", katanya. Mat
tidak mahu turun juga.

Dipanggilnya pihak bomba,
"Mat! Turun Mat, kalu tidak
kami potong
tiang lampu ini" kata seorang
pegawai bomba sambil
mengacu-acukan
gergaji elektrik di pangkal
tiang lampu itu., Namun Mat
tidak
bergerak pun untuk turun.
Dipanggilnya pihak polis, "Mat
turun
Mat!"teriak seorang sarjan
polis, kalau engkau tak turun
nanti kami
bom tiang ini dan engkau akan
mati!!Turun Mat!. Mat tidak
turun-turun juga.

Lama-lama pengarah hospital
pergi berjumpa dengan Man,
seorang teman
Mat dalam wad gila itu
kalau-kalau dia boleh
membantu.
"Man!Harap-harap Man boleh
tolong turunkan Mat dari atas
tiang
lampu"Tolonglah Man ya!

Jawab Man"Ohhh!!!Itu senang
saja" Lalu Man dibawa kepada
tiang lampu
itu.

Setibanya di situ, pengarah
hospital pun berkata, "Man!
Man nak pilih alat yang mana?
Sama ada gergaji atau pun bom
itu. "Ahh!Man nak gergaji!"

Baiklah! Ambillah gergaji itu.
Lalu Man mengangkat gergaji
dan mengacu-acukan pada
pangkal tiang
lampu itu. Man pun berteriak,
Hoi Mat!!!Hang turun, kalau
hang tak
turun aku tebang tiang lampu
ni!!Hang turun lekas!!

Mendengarkan amaran itu Mat
yang berada hampir 3 jam di
atas tiang
itu pun turun dengan pantas
lalu ditangkap oleh para
petugas
hospital. Pemberita pun datang
menemubual Mat. "Kenapa Mat
turun bila Man datang
sedangkan bomba dan polis
datang Mat tak turun?

Jawab Mat; "Polis ker bomba
ka, depa tak akan buat!Tapi
Man ni
apabila dia kata lagu tue dia
akan buat sungguh sebab Man
tue GILA!

Siapa gila? Aku gila ka?
tDs-IS

No comments:

Post a Comment