Tuesday, October 25, 2011

Antara 22 perkara yang perlu Isteri tau..

#1: Memperkecilkan suami dihadapan orang lain antara sedar atau tidak. Walaupun perkara yang dikatakan itu benar, anda tidak perlulah mewar-warkan pada orang lain terutama ketika berkumpul sesama kawan atau jiran. Kerana itulah kebiasaan bagi orang perempuan, pantang aja berkumpul mesti sahaja ada saja cerita yang hendak diceritakan. (correct me if im wrong)

#2: Menggangu suami dengan menelefon dia terlampau kerap sangat dan kena pula setiap kali waktu anda telefon, dia sedang bermesyuarat penting atau sedang berjumpa dengan orang yang boleh mendatangkan masalah atau kemarahan kepadanya. Kalau benda penting takplah, nih kekadang tuh benda-benda yang remeh-remeh, sesungguhnya anda sedang mencari bala.

#3: Suka sangat kemas rumah dan mengalihkan barang-barang sampai apabila suami hendak cari barang dia, dia tak jumpa. Mesti mengamuknya dia, tetapi ianya ok kalau anda jenis yang rajin kemas dan ingat dimana anda letak barang-barang yang anda kemas itu, tetapi jikalau sebaliknya? Anda lupa dimana anda letak barang tersebut…..nahas beb!!!

#4: Memotong mana-mana bahagian majalah ataupun surat khabar yang suami masih belum baca, dia buka ja tengok lubang sana lubang sini. Mesti dia mengamuk.heheeh

#5: Menyuruh suami membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari pejabat, sedangkan anda dan suami akan pergi ke pasar atau pasaraya keesokkan harinya. Ada sesetengah suami ok, tetapi kebanyakan suami akan merasa meluat, yelah dah esok nak pergi, kalau benda tuh urgent, suami marah gak, melampau la kan.

#6: Tidak memberi arahan yang khusus kepada suami apabila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian menyalahkan suami bila berlaku kesilapan. Padahal andalah yang bersalah dan perlu lebih peka jika memesan pada suami.

#7: Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa pengetahuan suami.

#8: Mengubah perletakkan barang-barang peribadi suami dan letak di tempat lain. Mau perang.

#9: Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang ke rumah tanpa izin suami. Suami akan marah sekali kalau jemput jiran atau kawan yang jenis macam mami jarum.

#10: Bila balik dari kerja suami tengok isteri berpakaian kusut masai dengan t-shirt koyak dan kain batik yang lusuh dengan rambut yang tidak terurus serta muka tak bermekap bagai mayat hidup tapi cukup bergaya dan wangi bila nak keluar daripada rumah.

#11: Suami membenci bila si isteri mengambil masa yang cukup lama untuk bersiap,mengalahkan pengantin yang disiapkan oleh mak andam. Mekap biarlah cantik dan menawan dan ambiklah masa yang pendek ataupun bersiaplah awal ajar suami tak tunggu lama dalam kereta masa nak keluar.

#12: Terlupa dengan sengaja atau tidak sengaja membasuh ataupun mengosok baju atau pakaian yang telah menjadi pilihan suami untuk dipakai pada keesokan harinya.

#13: Menyebelahi anak-anak bila suami marah dengan anak-anak. Iyea kekadangnya suami bukannya betul sangat, tetapi jangan lah kita “nampak” sangat kita menyebelahi anak-anak bila suami tengah marah berlakon la sikit.

#14: Tidak suka mandi ataupun bersiap awal pada hari cuti seperti pada hari ahad. Hanya bersiap apabila nak keluar shopping.

#15: Menggangu suami yang sedang asyik tengok tv, contohnya cam sekarang piala dunia, kacau mau mengamuk kawan.

#16: Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang kepada suami untuk menceritakan perihal yang berlaku padanya pada hari itu.

#17: Membebel dan berleter tak henti-henti tentang hal-hal yang remeh-remeh.

#18: Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa.

#19: Menceritakan hal rumahtangga pada orang lain termasuklah cerita-cerita dalam kelambu walaupun dalam bentuk gurauan.

#20: Kekadang tuh sukar sangat nak masak masakan kegemaran suami anda. Ada yang mungkin terlupa, suami masa kat opis dah order tapi balik ja rumah dia frust tengok masakan yang dia mintak tak dapat.

#21: Meminjamkan harta benda suami kepada orang lain tanpa keizinan daripada suami.

#22: Sengaja melengahkan untuk masuk tidur bersama tanpa sebab-sebab yang munasabah. Nih paling suami tak suka.

Untuk Isteri...renung-renungkan, Hayati dengan penuh kusyuk...
tDs-IS

1 comment:

  1. lelaki memang suka menunding jari pada wanita sahaja,tapi pernah tak tanya ape yang siwanita tu nak? every human not perfect! kalau nak semue sempurna carilah bidadari :-)

    ReplyDelete